Sunday, February 5, 2012

Terus terang...

mungkin susah bagi sesetengah manusia untuk berterus terang tentang apa yang dialaminya, begitu juga saya, saya sukar untuk menceritakan perkara sebenar, saya lebih gemar simpan dalam hati dan akan menangisi sendiri tanpa pengetahuan orang lain, Ya Allah sungguh sakit hati ini bila pendam, bukan tidak mahu berterus terang cuma ada sesetengah perkara yang saya rasa kita patut rahsiakan, mungkin sebb ingin menjaga perasaan orang lain sehingga sanggup membiarkan hati ini sakit sangat dan bila masanya meletup habis mencurah-curah airmataku......


sakitnya hatiku ibarat diremukkan dengan kuat sekali apabila semua masalah kupendam tanpa  menceritakan kepada orang lain, bila tidak tahan pecahla hati itu.....
 agaknya lebih baik saya berterus terang supaya apa yang saya pendam tidak akan sakit lagi dan saya juga tidak mahu menghabiskan airmata hanya kerana perkara sekecil zarah....Ya Allah saya memohon supaya bantulah saya dalam kehidupan ini, janganlah bagi saya cepat mudah melatah dengan tingkah laku orang sekeliling, dan insyaAllah akan saya ubah cara saya dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan mudah...

Saturday, February 4, 2012

kuatkan hatiku ! Tabahkan hatiku !

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)
.......
-----------------------
---------------------------
Ya allah kalu saya kuat, pasti saya dapat menempuh segala dugaan yang telah Engkau berikan kepada saya, saya insan yang lemah dan mudah menangis, saya sangat tersentuh apabila ianya menusuk sangat menusuk dalam hati saya, saya tdak mampu untuk pendam selama mungkin, mungkin sesiapa yang rapat dengan saya faham apa yang saya rasakan !!......................

saya memohon supaya saya dapat menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh rasa bersyukur kepadamu ya Allah, kerna saya takut akan mengikut kata hati yang akan membinasakan diri sendiri serta orang lain.......bantula saya YA Allah..lailahaillalah anta subhanaka inni kuntum minazolimin......