sakitnya hatiku ibarat diremukkan dengan kuat sekali apabila semua masalah kupendam tanpa menceritakan kepada orang lain, bila tidak tahan pecahla hati itu..... |
Sunday, February 5, 2012
Terus terang...
mungkin susah bagi sesetengah manusia untuk berterus terang tentang apa yang dialaminya, begitu juga saya, saya sukar untuk menceritakan perkara sebenar, saya lebih gemar simpan dalam hati dan akan menangisi sendiri tanpa pengetahuan orang lain, Ya Allah sungguh sakit hati ini bila pendam, bukan tidak mahu berterus terang cuma ada sesetengah perkara yang saya rasa kita patut rahsiakan, mungkin sebb ingin menjaga perasaan orang lain sehingga sanggup membiarkan hati ini sakit sangat dan bila masanya meletup habis mencurah-curah airmataku......
agaknya lebih baik saya berterus terang supaya apa yang saya pendam tidak akan sakit lagi dan saya juga tidak mahu menghabiskan airmata hanya kerana perkara sekecil zarah....Ya Allah saya memohon supaya bantulah saya dalam kehidupan ini, janganlah bagi saya cepat mudah melatah dengan tingkah laku orang sekeliling, dan insyaAllah akan saya ubah cara saya dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan mudah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment