Monday, April 1, 2013

hanya tuhan yang tahu :(

hati gembira hanya tuhan yang tahu..
hati yang sedih tak terkata hanya tuhan yang tahu

nak cerita hanya padamu Ya Allah..
nak mengadu hanya padamu Ya Allah..
nak memohon hanya padamu Ya Allah..
nak berdoa hanya padamu Ya Allah.


hidup ini singkat dan tiada siapa yang sedar ianya akan singkat kalau selalu seronok dengan duniawi ini Ya Allah, saya sedar saya hanya hamba yang lemah lagi hina dan tiadk layak untuk bersukaria sehingga meletakkanmu sangat jauh dariku, ini kerana apa yang ada dalam hatiku hanya engkau yang tahu.

perasaan yang hadir dalam diri ini semuanya terhasil kerana engkau memberikan aku rasa, terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk sedar walaupun saya tahu bahawa banyak yg perlu saya perbetulkan dalam kehidupan ini.

InsyaAllah, masa yang diberikan olehmu akan saya gunakan dengan sebaik mungkin, iaitu kejalan kebenaran, bantulah diriku untuk melakukan kebaikan, allahuya amin..

#pesanan utk diri sendiri yang kadang-kadang lupa bahawa nikmat Allah itu terlalu banyak utk disyukuri :'(


No comments:

Post a Comment