Monday, May 21, 2012

RM Daebak !! heeee :)


Assalamualaikum...
tajuk entry saya kali nie Running Man, bukannye cerita tetapi satu Variety Show dari korea, show diorang memang best gileerrr laa, RM nie mcm game show laa kirenya diorg kena selesaikan misi, macam2 misi la diorg kena buat, pemain dia lak dalam lebih kurg 7 orang ( gwang soo, kim jong kook, jae suk, ji hyo, suk jin, haha dan gary ). diorg semua nie bukan setakat selesaikan misi jep, tappi suka main2, wat lawak laaa, even bahasa korea pon, dia ade subtitle gak, n boleh la faham.. :D 
Running Man Daebak :)
seriously, sebenarnya saya tak berapa suka sangat laaa cerita korea nie, tp disebabkn duduk kat kolej agak kebosanan, kawan saya pon ajk laaa tgk, last2 saya terikut-ikut dari ep 1 hinggalah sekarang nie dah ep 95..fuhhh ! byk woo ! tapi memang tak kering gusi la tgk nie, sekurang-kurangnya boleh laa hilang kan stress, haha :))

banyak2 pemain RM nie saya paling suka haha dengan ji hyo, bukan apa diorang nie suka bergaduh taw ! benda kecik pon jadi masalah, nampak macam secret couple sangat ! saya rasa diorang nie kalau kawen pon sesuai :)) sweeet sangat, sebab diorg nie dua2 nye blank (mong), lagilaaa nmpk keserasian uh :) heeee !

tengok laaa diorang nie, xpenah nk serasi, gaduh jep, papeun so sweeet :))
















i am the big fan of hahyo ! seronok sangat tengok diorg nie, comeyy ! :))

p/s : entry nie dibuat atas dasar suka-suka, sebab dalam hati dah membuak-buak nak tengok next episode, n mcm biasa x sabar nk tgk diorg duaaa niee !

Friday, May 11, 2012

suka sangat lagu nie :) dedikasi utk semua pembaca ! haha


Assalamualaikum !!


video nie sweet sangat2 ! bukan tu jep, maksud di sebalik lagu nie pon sangat bermakna, even lagu nie bahasa korea tapi sangat menyentuh perasaan, kalu dgr lagu nie waktu sorang2 memang sedih laaa :'(..huuuuuu

P/S : entah bila la saya minat korea, saya pon x dpt kenalpasti, tp papepon layan jelaaaa lgu nie sangatttt sedap!!



buah Hatiku :)

Assalamualaikum W.B.T...

......................................................................................................................................................
semua orang pasti ada buah hati kan, termasuklah saya, tidak terlepas jugak..heeee !

biar saya kenalkan dengan lebih lanjut siapakah insan yang dimaksudkan :))

nama dia Muhammad Farish Mirzan..hehehe, bagi yang pernah dengar pasti akan pelik, yela insan yang dimaksudkan itu ialah anak buah saya yang pertama ! wuhoooo, walaupun umur dia dah masuk dua tahun, tapi kenapa saya baru nk cerita sekarang ? ini  kerana dah 2 tahun ada yang sorang nie jep, xde rezeki ag nk dapat anak buah ramai-ramai  :)

saya panggil dia Ayish, nama manja dia la uh..yela pelat nk menyebut 'farish'..

farish ( 2 hari ) lahir seberat 4.2 KG !! besar punyerr...
sepatutnya farish nie due date dilahirkan ialah pada awal bulan mac, tapi disebabkan kakak saya menghadapi beberapa masalah jadi farish selamat dilahirkan pada 28/3/2010 pada pukul 10 pagi

Disebabkan farish seronok sangat duduk dalam perut ibu dia, dengan secara tak langsung nya dia membesar dengan jayanya dalam perut ibu dia sampai la kena caeseran sebab besar sangat kalu nak dilahirkan secara normal..heeeee! :P

walauapapun, kami sekeluarga seronok sangat sebab first time dapat anak buah, lelaki pulak uh, wah !! memang bestla...

masih x mengerti apa-apa lagi :)) comeyyy !
dah 2 tahun farish hidup bersama kami, seronok sangat layan kerenah farish, kalau sehari farish xde rindu je sokmo....dahla farish nie sangat manja dengan mak- mak saudara dia :)) heeee ! ssh betul nk lepaskan farish!  
belajar meniarap masa umur 4 bulan :))
    
          hari nie umur farish dah masuk 2 tahun 1 bulan....nie la gmbr terbaru Muhammad Farish Mirzan !
kecik-kecik dah pandai nk bergaya, hensem betul anak buah makcik nie :))

setakat ini sajalah penceritaan Buah Hati saya wat masa nie, insyaAllah ada masa saye cerita lagi pasal kebijaksanaan farish nie :))

MAKCIK SAYANG FARISH FOREVER !!
p/s : even acik selalu ganggu farish, farish tetap sayang acik kan3 ? :)))










Friday, April 27, 2012

dah sebulan pon..

sebulan dah masa berlalu, maksudnya cuti sem la, sebelum cuti sem, saya dah bercita-cita nk bekerja, yela, kalu duduk kat umh saje mesti badan boleh naik dalam 5 kilo, perghh !! banyak uh..fuhhhh..

tapi apakan daya, cita-cita uh tergadai macam uh saje, nak tahu kenapa ?
1) malas nak g minta kerja
2) x nk kerja jauh2 dari rumah
3) bile dah bekerja, jadi seronok, n then ssh lak nk berhenti..
4) bile berhenti nanti, nk beri reason ape ?
5) memilih nk kerja ape...

uii.bak kate mcm2 la halangan atau alasan yang diri sendiri cipta, hahahahaha..sebenarnya dalam kehidupan kita nie mane bleh bagi excuses yang melampau, sebab dari situ kite dapat taw yang orang mcm nie sukar utk berjaya..uii, nauzubillah jauhkan la semua perkara uh dari diriku..

saya bukan sengaja nk bagi alsan nie, lagipun kakak saya pun dah kate, x payah kerja la, duduk rumah teman dia, dia bosan kalau xde teman, ape lagi ambik peluang la, n then bile org tnye saye dah ade alasan yang munasabah, betul x ? heeeee !

papepun cuti sebulan nie insyaAllah akan saya gunakan dengan sebaik mungkin, dan buukannya bercuti dengan melakukan perkara yang tdk berfaedah :)) Assalamualaikum :)

Sunday, February 5, 2012

Terus terang...

mungkin susah bagi sesetengah manusia untuk berterus terang tentang apa yang dialaminya, begitu juga saya, saya sukar untuk menceritakan perkara sebenar, saya lebih gemar simpan dalam hati dan akan menangisi sendiri tanpa pengetahuan orang lain, Ya Allah sungguh sakit hati ini bila pendam, bukan tidak mahu berterus terang cuma ada sesetengah perkara yang saya rasa kita patut rahsiakan, mungkin sebb ingin menjaga perasaan orang lain sehingga sanggup membiarkan hati ini sakit sangat dan bila masanya meletup habis mencurah-curah airmataku......


sakitnya hatiku ibarat diremukkan dengan kuat sekali apabila semua masalah kupendam tanpa  menceritakan kepada orang lain, bila tidak tahan pecahla hati itu.....
 agaknya lebih baik saya berterus terang supaya apa yang saya pendam tidak akan sakit lagi dan saya juga tidak mahu menghabiskan airmata hanya kerana perkara sekecil zarah....Ya Allah saya memohon supaya bantulah saya dalam kehidupan ini, janganlah bagi saya cepat mudah melatah dengan tingkah laku orang sekeliling, dan insyaAllah akan saya ubah cara saya dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan mudah...

Saturday, February 4, 2012

kuatkan hatiku ! Tabahkan hatiku !

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)
.......
-----------------------
---------------------------
Ya allah kalu saya kuat, pasti saya dapat menempuh segala dugaan yang telah Engkau berikan kepada saya, saya insan yang lemah dan mudah menangis, saya sangat tersentuh apabila ianya menusuk sangat menusuk dalam hati saya, saya tdak mampu untuk pendam selama mungkin, mungkin sesiapa yang rapat dengan saya faham apa yang saya rasakan !!......................

saya memohon supaya saya dapat menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh rasa bersyukur kepadamu ya Allah, kerna saya takut akan mengikut kata hati yang akan membinasakan diri sendiri serta orang lain.......bantula saya YA Allah..lailahaillalah anta subhanaka inni kuntum minazolimin......

Friday, December 30, 2011

Terima kasih Ya Allah !!



mensyukuri ke hadrat mu, ini kerana pada hari jumaat sebelum bermulanya cuti sem saya dah seminggu x dpat tgk asihiteru saya, pagi tu sebelum usrah saya berdoa temukanlah dia dengan saya pada hari ini kerana nanti dah cuti sem seminggu, kalu minggu  nie saya xdpt jumpa dia, maknanya dah 2 minggu la x dpt nk menatap muka dia yang blurrr uh, teheeee !!..
..
..
..
..
masa tetap berjalan, usrah pada hari itu pun berjalan seperti biasa, tetapi pelik kenapa buat dkat fakulti dan bukannnya di PKK yang selalu diadakan, hurmm, xpela..rupa2nya Allah dah rancang yang saya akan jumpa dia di situ, di fakulti ituuuu....ya Allah sungguh ku tidak menyangka yang engkau telah mengaturkan segalanya
yang terbaik untuk hambamu ini, aku sangat terharu dan gembira sekurang2 nya dapat jugak lihat wajahnya sebelum pulg ke rumah :))...
...
...
...
indahnya hidup...hahaha

p/s: maafkan saya kerana agak gatal dalam entry kali ini, tapi disini saya ingin memuhasabah diri kerana kadang2 kita terpk adakah permintaan yang kita minta dari Allah itu tertunai ataupun tidak atau kita tidak menyedarinya, jgn pernah sesekali berprasangka terhadap Allah, kerana itu akan memesongkan akidah ! ini sekadar contoh, bahawa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya...wallahualam :))